"Any colour - so long as it's Chocolate"

Saturday, May 28, 2011

Percutian Sambil Belajar; Beryl's Kingdom

Sempena musim cuti sekolah pasti kita buntu memikirkan lokasi yang sesuai untuk berjalan-jalan. Disini saya cadangkan lokasi yang cantik, informatif, jimat dan mengenyangkan: Beryl's Chocolate Kingdom. 
'Pasaraya cokelat' yang terletak di No 38, Jalan Utara, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur ini umpama satu taman fantasi cokelat yang penuh warna-warni terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari daripada jam 9 pagi hingga 6 petang.
Beryl's adalah jenama cokelat tempatan yang telah menembusi pasaran antarbangsa khususnya Asia dan Timur Tengah. Berbeza dengan cokelat dipasaraya, kilang ini menawarkan lebih 70 produk citarasa cokelat yang unik seperti durian, cili, kentang dan buah-buahan. 
Lawatan di kilang Beryl's biasanya dimulakan dengan taklimat video pengenalan cokelat. Seterusnya anda diberi penerangan tentang proses pengilangan cokelat Beryl's sebelum diakhiri dengan bilik pameran produk Beryl's. 
At least 1 kali dalam hidup pengemar cokelat wajib pergi ke Beryl's Kingdom. Percutian ringkas namun penuh informasi. Yang lebih penting adalah suasana menarik dicipatakan oleh Beryl's bagi menanam minat masyarakat dengan cokelat. Perhaps this is where the movie Charlie and a Chocolate Factory becomes reality.

Tuesday, May 10, 2011

Larangan Cokelat di Sekolah; Wajarkah?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan pendedahan masalah obesiti pelajar Malaysia. Kemuncaknya Menteri Kesihatan Dato Seri Liow Tiong Lai mengambil beberapa langkah drastik antaranya meng'haram'kan penjualan cokelat di sekolah. Walaupun isu ini masih lagi menjadi perdebatan persoalannya adakah ia wajar?

Tidak dinafikan cokelat sememangnya makanan berkhasiat. Ia telah disahkan oleh pelbagai hasil kajian saintifik dan diperakui oleh pakar pemakanan. Sekali imbas tindakan pengharaman cokelat di sekolah memang tidak wajar dan patut ditentang habis habisan!
Namun jika kita berpijak dibumi nyata dan mengkaji jenis cokelat yang dijual disekolah maka kita pasti bersetuju dengan tindakan Kementerian tersebut. Lets be frank, rata-rata cokelat yang dijual di sekolah bukanlah daripada jenis yang berkualiti. Cokelat ini boleh dikategorikan sebagai jajan yang dijual pada harga rendah dengan kandungan cokelat yang sangat minimum.
 
Lambakan junk food di sekolah
Sukacita saya ingatkan bahawa kajian mendapati cokelat yang menyihatkan adalah 'dark chocolate ' yang sememangnya mengandungi 70% koko. Malangnya dark chocolate tidak dijual di sekolah. Cokelat susu yang menjadi kegemaran pelajar jelas mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ia menggemukkan dan tidak menyihatkan langsung. Cut it short, Choc Fuzee support the ban!

Thursday, May 5, 2011

Tips Sisipan Kad Ucapan Hari Ibu

8 Mei 2011: Hari Ibu muncul lagi. Kita semua impikan hadiah Hari Ibu yang lebih bermakna. Sudah pasti hadiah 'Home Made' Cokelat dengan rekabentuk dan corak unik khas untuk ibu anda sudah tersedia. 
Tiba-tiba baru anda terfikir 'apa kata ucapan/ madah yang perlu dilampirkan bersama dengan hadiah Hari Ibu? Makin anda cuba menyusun kata-kata hikmat anda semakin buntu. Disini saya cadangkan madah untuk dipadankan dengan hadiah istimewa anda.

*Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs... since the payment is pure love.  

*Mothers hold their children's hands for a short while, but their hearts forever

*A mother understands what a child does not say.  

*A man loves his sweetheart the most, his wife the best, but his mother the longest.

A man's work is from sun to sun, but a mother's work is never done.

There is only one pretty child in the world, and every mother has it.

*Mother is an undying love, A love beyond compare, the one you take your troubles to, she is the one who really cares. Mother you are all of this and more, I love you very much…

* The love she has deep in her heart, Always gives me a good jump start, She is the one who’s love is true, Thank u Mom for being u
 
*Thank you mother for all that you do, I know my thanks are far to few, I really do love you I dont say enough, for me those words are really tough, I wish I could express all that I feel, but for me you know thats a big deal, Have a good day I’m thinking of you , I hope my feelings are getting through.

*Happy Mother’s Day means more than flowers and gifts… It means saying thank you. It means I love you… You are my mother, my friend Today is your day   
 

Tuesday, May 3, 2011

Kek Cokelat Di-Raja

Apakah yang dapat menyempurnakan Majlis Perkahwinan Di-Raja Britain antara Putera Williams & Kate Middleton? Maklumlah perkahwinan di-Raja sudah tentu tidak perlu risau atau menconggak kedudukan kewangan. Tepuk dada tanya selera. Sebab itu segalanya samada daripada segi protokol, pakaian, lokasi dan hidangan memang sudah siap diatur dengan teliti dan tiada cacat cela.  So, apa yang lagi yang dapat melengkapkan Majlis tersebut?
Simple yet satisfying
Bagi saya 'request' atau permintaan Pengantin iaitu Putera William yang datang dari lubuk hatinya adalah elemen pelengkap majlis beliau. Putera Williams tanpa segan silu mewar-warkan kepada dunia akan minatnya yang mendalam terhadap biskut cokelat McVitte. Beliau mengakui biskut cokelat McVitte tersebut adalah kegemarannya sejak kecil. Biskut cokelat yang ringkas, murah dan mudah didapati.

Pihak istana Britain juga dengan senang hati mengabulkan permintaannya. Secara tersirat, Putera Britain ini benar-benar berjiwa rakyat. Semoga berbahagia. As for the taste of the royal choclate biscuit cake, kita tatapi dan bayangkan je lah kelazatannya.

Thursday, April 28, 2011

Chocolate Biscuit Cake Putera William & Kate

Majlis Perkahwinan Di-Raja Britain paling dinantikan bakal berlangsung pada 29hb April 2011. Putera William bakal menyarungkan cincin dijari Catherine Middleton sambil disaksikan jutaan penduduk dunia. Putera sulong Princess Diana berkahwin dengan anak orang kebanyakan. A great portrayal of lovely modern fairy tale. 

Apa yang menarik adalah terdapat 2 jenis kek perkahwinan di Majlis tersebut. Kek rasmi perkahwinan adalah kek buah tradisional bertingkat dengan dihiasi corak ros dan berwarna putih sepenuhnya. (This is the best part) Kek 'tidak rasmi' adalah kek kegemaran sejak kecil Putera William iaitu 'Kek Biskut Cokelat'
Kek Biskut Cokelat ini adalah resepi tradisi keluarga Di-Raja. Ia dihasilkan oleh McVitie sebuah syarikat biskut terkenal Britain. Kek kegemaran keluarga di-Raja ini diperbuat daripada biskut tea yang disalut cokelat. Ia tidak perlu dibakar sepertimana kek yang lazim.  Sehingga kini rekabentuk kek cokelat tersebut masih menjadi rahsia.

Namun daripada sumber resepi kek cokelat tersebut adalah 1,700 biskut teh yang disalut cokelat seberat 17 kilogram. Ia cukup besar  dan cukup untuk menjamu 600 tetamu kehormat. Sama-sama kita saksikan keindahan dan kelazatan kek biskut cokelat kelak.

Sunday, April 24, 2011

Kasut Cokelat that I dream of..

Pada 4 sehingga 10 April 2011 yang lalu berlangsungnya Festival Kasut Antarabangsa Malaysia di PWTC. Pameran tersebut berjaya mempromosikan produk kasut daripada pengusaha tempatan seperti Zang Toi, Larrie, Princess, Carlo Rino, Nose, Bill Keith, Paula Moda, Fiorucci, Vern’s dan Dr. Cardin. It's surprises me because I thought jenama tersebut adalah daripada syarikat antarabangsa rupa-rupanya keluaran tempatan. Bangga jadi rakyat Malaysia.

Be as it may saya lebih teruja melihatkan gimik festival kasut tersebut. Its big and gigantic. Saya dengin ini menampilkan 'Kasut Klasik Baba Nyoya' paling besar di Malaysia. Lebih mengagumkan lagi adalah kerana kasut yang tercatat didalam Buku Rekod Malaysia ini diperbuat daripada Cokelat sepenuhnya!
 
Kasut ini dicipta oleh Frankie Lee, chief artist YTL Hotel dengan menggunakan cokelat hitam, marzipan dan koko. Kasut sepanjang 3.6 meter (10 kaki) ini sangat cantik dan berwarna warni dengan hiasan manik cokelat seberat 130 kilogram. Ia  sangat unik bagi mengambarkan nilai tradisi kasut/ capal tempatan. 

Dan yang paling penting ia hanya satu dalam dunia. Ia hanya ada sebelah kanan. Eh... mana kasut sebelah kiri? Dah kena makan obviously hehe.  

 

Wednesday, April 20, 2011

Takziah Boss Ferrero Roche

Pietro Ferrero (1963- 2011) Senyuman semanis Ferrero Roche
Pada 1942 legasi syarikat Ferrero Group diasaskan oleh Pietro Ferrero dengan pembinaan kilang membuat kacang hazelnut yang diselaputi koko. Ia dikenali sebagai 'Ferrero Roche'. Setelah lebih setengah abad nama 'Ferrero Roche' begitu gah sebagai cokelat yang berprestig, klasik dan anggun.

Tahukah anda Ferrero Group juga adalah pengeluar jenama cokelat Nutella, Kinder Bueno dan Tic Tac. Kini Ferrero Group diterajui oleh cucu pengasasnya yang juga mempunyai nama yang sama iaitu Pietro Ferrero. Beliau dilahirkan di Turin pada 1963. 

Pada 1992 beliau mewarisi peniagaan keluarga Ferrreo dan menjadi Presiden Ferrero Group pada 2007 yang menguruskan 18 kilang dengan 21,000 pekerja di serata dunia. Bapa kepada 3 anak ini sangat disayangi oleh rakyat Itali kerana ketokohan dan kejayaannya mengendali empayar tradisi manisan itali kepada dunia.

Tanggal 18 April 2011 iaitu pada Isnin lepas dunia menangisi pemergian selamanya tokoh empayar Ferrero Roche ini. Pietro Ferrero meninggal dunia secara mengejut ketika menunggang basikal akibat serangan jantung pada usia 47 tahun.   

Akhbar Itali meratapi pemergian Pietro Ferrero dengan bingkisan berikut:-

"Mr Ferrero was just 47-years old, a fit, successful, widely liked and respected family man with three young children. He stood to be even richer than the mogul leading Italy, but unlike Silvio Berlusconi, was not thriving and creating rancour. He was a sort of an anti-Berlusconi who led by example – and died young and on his beloved bicycle, Italy's leisure tool of choice."

Monday, April 18, 2011

John Cadbury: Idealis Cokelat

John Cadbury: Perintis legasi Cadbury
Tiada satu tokoh dunia pun yang memperjuangkan kebaikan cokelat sehebat John Cadbury (1801 - 1889). Beliau adalah seorang idealis di zaman revolusi industri di Britain yang percaya cokelat adalah penawar segala masalah hidup. Ketika itu walaupun Britain maju dalam industri pembuatan namun masalah kemiskinan dan sosial amat berleluasa.

Iklan Pertama Cadbury
John Cadbury seorang peniaga runcit dari golongan bangsawan di Birmingham dengan lantang mengemukakan idea bahawa semua masalah keruntuhan moral dan pengangguran tersebut berpunca daripada arak! Oleh itu beliau mencadangkan alternatif arak kepada masyarakat Britain iaitu; Cokelat. Beliau percaya cokelat yang menyegarkan dan menyihatkan dapat menangani kealpaan akibat arak.


Menerusi kilang cokelat yang diusahakannya pada 1831 beliau mula mempromosikan minuman cokelat dan koko panas. Produk minuman cokelat tersebut mendapat sambutan menggalakkan. Kilang yang lebih besar dibina di Birmingham pada 1847. Hasilnya muncul produk cokelat bar yang kini sangat sinonim dengan Cadbury.
Cokelat Cadbury terawal
Masyarakat Birmingham England sangat mengagungkan legasi John Cadbury. Tahukah anda bahawa sehingga kini satu-satunya negeri di Eropah yang mengharamkan penjualan arak adalah di Birmingham! 

Kini ketika menjamah cokelat Cadbury kita boleh renungi idea murni yang dicetuskan oleh John Cadbury. Suddenly my Cadbury bar taste so good...

Tuesday, March 29, 2011

Kitab Hikmat Cokelat

Pelbagai laman web/ blog yang mendedahkan kaedah seni pembuatan cokelat. Just google  and  you get the answer. Pendek kata dalam era digital segala informasi  berada di hujung jari anda. Oleh itu apabila saya diperkenalkan dengan buku "Terokai Rahsia Coklat" oleh Chef Amer, saya tertanya 'What so secret about cokelat?'. Bukankah melalui internet TIADA lagi rahsia tentang cokelat?
Namun setelah menyelak helaian demi helaian saya terpanggil untuk merumuskan bahawa:-
  1. Buku terbitan Berita Publishing ini sangat berkualiti dari segi mutu cetakan dan kertas yang digunakan;
  2. Gambar yang dilampirkan sangat cantik dan menyelerakan;
  3. Penerangan resepi cokelat melalui gambar mengelakkan penerangan meleret. Most of the time anda cuma ditunjukkan dengan foto cokelat (dan tangan Chef Amer hehe)  
  4. Kaedah pembuatan cokelat diterangkan secara satu persatu dan sangat mudah difahami (Picture speaks thousand words);
  5. Informasi yang ringkas namun padat sesuai dijadikan rujukan pantas pembaca;
  6. 50 resepi dan variasi cokelat!
Buku ini memang mengkagumkan. Ia dihasilkan oleh choclatier tempatan dengan citarasa setempat. Hantaran  cokelat umpamanya adalah satu pendekatan baru dalam adat tradisi perkahwinan. Chef Amer memang tidak lokek mendedahkan pengalaman beliau. 
Thumbs up Chef
Sesuai benar tajuk buku ini dengan mesej yang disampaikan. Ia benar-benar meneroka rahsia cokelat. Kitab Hikmat Cokelat wajib dimiliki oleh pencinta cokelat.

Wednesday, March 23, 2011

Wanita & Cokelat

Variasi dan kraftangan home-made cokelat sangat mengkagumkan dan sentiasa membangkit selera. Namun satu fakta yang menimbulkan tanda tanya; Dimana kaum lelaki tempatan dalam bidang cokelat? Agak menghairankan apabila tiada blog @ kelas cokelat yang memaparkan kaum lelaki tempatan.

Adakah cokelat sesuatu yang feminin? Mungkinkah cokelat sesuatu yang sangat berseni dan remeh sehinggakan lelaki tempatan sukar memahaminya? Namun agak menghairankan apabila pakar cokelat tempatan dibarisi oleh chef lelaki tersohor seperti Chef Amer. 

Sedang saya tercari-cari jawapannya saya terlihat foto-foto klasik pekerja kilang Cadbury di Birmingham, England tahun 1950-an. Majoriti pekerja Cadbury adalah wanita. Imej wanita pembuat cokelat dipaparkan bersih, suci dan berdedikasi. Mungkinkah ini jawapan yang saya cari?


Jelas wanita dan cokelat sangat sinonim. Cokelat melambangkan kasih sayang dan kelazatan (Same as us women hehe). Kenapa lelaki tempatan tidak melibatkan diri dengan cokelat? Lelaki cuma tukang makan perhaps hehehe.

Monday, March 21, 2011

Cokelat Bar Terbesar di Dunia

Minat saya pada cokelat agak menurun kebelakangan ini. Saya kira ia adalah lumrah (Sedangkan iman pun ada pasang surut ini kan pula soal perasaan hehe). Sambil menghirup secawan nescafe saya merenung sepotong cokelat bar di tangan... dan tertanya 'Apa cokelat bar yang paling besar didunia?'

Rekod Guinness bagi cokelat bar terbesar didunia dicipta di Armenia pada 11 September 2010. Ia memadamkan rekod dunia yang dicipta di Itali pada 2007. Hasil kerja tangan syarikat cokelat tempatan Armenia iaitu Grand Candy maka terhasillah cokelat bar  seberat 4,410 kilogram.
Jongkong Cokelat hehe
Rekod dunia cokelat bar oleh Syarikat Grand Candy bersempena ulangtahun ke-10 syarikat tersebut dihasilkan daripada 70% koko tulen. Ia berukuran 560 cm panjang/ 275 cm lebar dengan ketebalan 25 cm! Satu lagi stategi promosi yang efisyen dan mengiurkan.

Seperti biasa cokelat bar ini dipamerkan selama sebulan di ibu negara Armenia iaitu Yerevan. Selepas sebulan dibiarkan untuk tatapan umum maka kita semua sudah dapat menduga akan nasib malang yang menimpa cokelat bar itu. Ia dengan selamatnya dilapah dan diratah beramai-ramai pada 16 Oktober 2010. Yummmy.

Saturday, March 19, 2011

Pertandingan Cokelat Se-Dunia

Setiap kerjaya pasti ada kemuncaknya. Bagi pemain bolasepak kejayaan memenangi Piala Dunia adalah kemuncak kerjaya. Bagi anda yang membuat cokelat ketahuilah bahawa puncak kejayaan anda adalah apabila memenangi "Pertandingan Cokelat Master Sedunia".
World Chocolate Master adalah pertandingan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ia dianjurkan oleh 2 jenama ekslusif cokelat iaitu Cacao Bary (France) dan Callebaut (Belgium). Ia terbuka kepada setiap individu dan perlu melepasi peringkat saringan sebelum bertanding di pentas akhir di Perancis.

Pertandingan Chocolate Master ini merupakan landasan terbaik bagi pembuat cokelat yang ingin menempa nama. Kategori yang dipertandingkan termasuk Best Praline, Best Chocolate Pastry dan Best Chocolate Showcase. Namun perlu diingatkan bahawa anda yang berdarah gemuruh perlu banyak berlatih kerana pertandingan akhir di Perancis dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.


Pada tahun 2011 ini pertandingan akan berlangsung pada 19- 21 Oktober depan. Masih ada masa untuk berlatih. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Saya juara! Siapa saya... Tungguuuuu

Tuesday, March 15, 2011

Be strong Japan...

Pada 12 Mac 2011 ketika diberitakan tentang gempa bumi di Jepun, pada mulanya saya tidak terkejut langsung. Maklumlah masyarakat Jepun memang sudah bersedia dengan segala kecanggihan teknologi bagi menghadapi gempa. Jepun sinonim dengan gempa. Anyway earthquake happens at Japan annually, right.
Masya-Allah
Namun jantung tiba-tiba terhenti apabila mendapat tahu skala Richter gempa yang berukuran 9! Ukuran 9 adalah bersamaan dengan gempa di Aceh pada 2004 lalu! Tambahan lagi ia berlaku di lautan dan sudah tentu mengakibatkan Tsunami! Dalam masa yang sama terbayang nasib adik ku yang kini belajar di Fukui Jepun.

This is NOT Dark Chocolate!
I wish I can update more on chocolate as usual. Namun berat hati saya untuk menutup sebelah mata sambil menikmati cokelat apabila mengenangkan nasib rakyat Jepun. Terbaru logi nuklear di Fukushima pula meletup dan sudah tentu sekali lagi Jepun terdedah kepada radiasi nuklear. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersama kita berdoa agar Jepun tabah dan redha dengan takdir Ilahi. Be strong Japan... 

* Syukur adik saya selamt di Fukui tapi bimbang dengan radiasi nuklear.

Wednesday, March 9, 2011

Hari Wanita Sedunia ke-100: Peranan anda?

Sejak era modernisasi di awal kurun ke-20 wanita mula memainkan peranan penting didalam membangunkan industri dunia. Bermula dengan hanya tuntutan tempat kerja yang lebih terbela di dalam industri pembuatan tekstil di Jerman dan Rusia ia merebak kepada tuntutan hak mengundi dan memegang jawatan.

Hari Wanita Sedunia mula diiktiraf secara rasmi pada 1911 apabila berjuta wanita berarak di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland menuntut hak mengundi, memegang jawatan di dalam kerajaan dan menentang diskriminasi. 
 
Sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2011 sangat penting untuk kita hargai dan terus memperjuangkan hak. Kita perlu insaf dengan kelebihan yang dinikmati berbanding dengan  rakan wanita kita di Turki yang diancam dengan 'hak untuk dibunuh atas dasar mencemar maruah keluarga' (honour killing). Kita juga bebas bersuara berbanding dengan wanita di Ivory Coast yang dibunuh apabila berarak menentang Presiden. 

Wahai rakan blogger sekalian saya ucapkan selamat 'Hari Wanita'. Setiap kita adalah individu penting didalam masyarakat dunia dan keluarga. Sedar potensi dan peranan anda. Berbanggalah dengan setiap sumbangan secara langsung kepada keluarga dan tidak langsung kepada negara dan dunia. Nikmati minat anda pada cokelat. 

 "Enjoy every little bits of life with a combination of sweet and bitter chocolate." 

Saturday, March 5, 2011

Tips Cokelat: Asri Abidin

Apakah yang membezakan sesuatu jenis coklat? Asri memberitahu perbezaan ini bergantung kepada kandungan koko. Coklat yang mempunyai lebih tinggi kandungan koko mempunyai rasa lebih pahit.

Katanya, coklat yang dikenali sebagai coklat gelap (dark chocolate) digemari orang Barat yang apabila membeli meneliti terlebih dulu kandungan koko dalam coklat. Orang Malaysia pula menggemari coklat susu.

“Coklat gelap pahit kerana mempunyai antara 40 hingga 50 peratus kandungan koko, manakala coklat susu kurang dari 40 peratus,” katanya.

Mengapa sesetengah jenis coklat, terutama yang murah tidak begitu enak? Asri berkata, ini bergantung kepada jenis lemak koko (cocoa butter) yang digunakan. Kebiasaan coklat berkualiti tinggi menggunakan lemak koko asli, manakala coklat berkualiti rendah menggunakan minyak sayur-sayuran.

* OPPSsss terlupa pulak saya nak perkenalkan siapa Asri Abidin.  Beliau adalah usahawan muda cokelat, TAUKE Rab Nine Food Industries berusia 26 tahun! 

Thursday, March 3, 2011

Chocolatier; Cita-cita ku

Sibuk nampak...
Acap kali perkataan 'chocolatier' disebut tanpa kita sedari betapa tinggi maksudnya. Chocolatier didefinasikan sebagai pengadun/ pembuat makanan hiasan (confectionery) khusus menggunakan cokelat. Beliau adalah tukang masak (chef) profesional yang mahir dalam bidang cokelat.  

Ia berbeza dengan pengilang cokelat seperti Cadbury yang hanya memproses cokelat daripada biji koko. Pengilang membuat cokelat dalam kuantiti yang besar tanpa nilai seni manakala seseorang Chocolatier mereka-cipta cokelat dalam kuantiti kecil namun berseni. 

Its crawling! Its alive!
Cun n Simple
Hasil tangan Choclatier bersifat artistik dan kreatif agar dapat menarik perhatian dan membangkit selera penggemar cokelat. Keindahan seni dan kemahiran menghias serta mengadun campuran  rasa cokelat adalah penentu nilai komersial sesuatu cokelat. Ringkasnya Chocolatier adalah chef cokelat yang mahir dalam menentukan kombinasi rasa dan rupa cokelat. Setelah seseorang chocolatier menguasai kemahiran artistik cokelat beliau boleh diiktiraf sebagai 'Master Chocolatier'.

Ketahuilah bahawa cita-cita memahirkan diri membuat cokelat home-made melayakkan anda mendapat gelaran 'Chocolatier'. Siapa tahu satu hari nanti anda mampu menjadi 'Master Chocolatier'. Tiada yang mustahil.

Tuesday, March 1, 2011

Campur tangan anak di Dapur! Tolong...

Senario yang sentiasa menghantui kita setiap kali bercadang untuk membakar muffin atau membancuh cokelat adalah: 'Campur tangan' anak-anak kecil di dapur. Ia agak memeningkan, boleh mendidihkan darah dan acap kali membantutkan usaha untuk penyediaan cokelat yang istimewa (sebab kelam kabut). 

Tips berikut boleh digunapakai bagi mengubah senario tersebut. Saya sentiasa percaya setiap 'kesengsaraan' pasti menjadi satu kenikmatan apabila kita memperbetulkan niat dan minda ke arah positif.

1. Sentiasa menganggap proses membakar kek cokelat umpamanya sebagai pendedahan kepada anak kecil tentang  bahan  masakan, deria rasa dan sifat tolong menolong;  

2. Sentiasa menyelitkan proses mengira ketika menyediakan sukatan bahan kek cokelat umpamanya. Ia  secara tidak langsung mempraktikkan pengetahuan matematik didalam aplikasi harian anak-anak;

3. Sentiasa menganggap proses membakar kek cokelat umpamanya sebagai satu saat manis bersama anak-anak. Cokelat yang senget dan herot-berot dijadikan sebagai bahan ketawa. Kek hangus menjadi pengajaran tentang kepahitan apabila culas membakar umpamanya. Always look at the bright side.   

4. Pengajaran kepada deria rasa anak-anak umpamanya tentang kepanasan oven dan kesejukan ais. Memanamkan sikap berani mencuba dan memahirkan teknik memecahkan telur umpamanya.
Moga 'campur tangan anak' didapur dapat dilihat sebagai penawar dan rencam hidup yang menggelikan hati.      

Friday, February 25, 2011

Pilihlah 'Hazelnut' Cokelat

Teringat Chip & Dale
Kacang Hazelnut adalah antara pilihan inti cokelat yang digemari ramai. Rasa kacang yang lembut, empuk dan berlemak sangat sedap untuk dikunyah begitu sahaja. Oleh itu apabila kita memilih cokelat yang berintikan hazelnut ketahuilah bahawa ia memberi kebaikan berikut:-

1. Lemak (Fat) yang baik iaitu Oliec acid yang mengurangkan tahap kolesterol jahat;

2. Berkemungkinan besar menghindarkan kita daripada penyakit mata Cataracts. Hasil kajian atas tikus yang diberi makan hazelnut menunjukkan tiada sakit cataracts. (Kesan atas manusia masih belum confirm ye)

3. Kaya dengan Proanthocyanidins yang merangsang saraf otak, memperbaiki aliran darah dan menggurangkan simptom alergi;

4. Kaya Protein dan Fiber;

5. Kaya Vitamin E dan B serta folate, sumber potassium, kalsium dan magnesium yang berfungsi menyeimbangkan tekanan darah. 

Separuh lagi saya dah makan hihi
Namun awas! walaupun hazelnut berkhasiat ia masih sangat kaya dengan kolesterol. Pakar perubatan menyarankan agar kita hanya makan paling maksimum satu gengam hazelnut sehari. Kini cokelat hazelnut tentu lebih sedap daripada biasa setelah kita tahu kebaikannya.      


Wednesday, February 23, 2011

Bukankah cokelat kaya dengan lemak?

Wanita hari ini wajib menjaga kesihatan dan penampilan diri. Semua sedia maklum diet seimbang tidak bermaksud menahan diri daripada makan. Diet yang betul adalah makanan seimbang dan sederhana. Kajian saintifik membuktikan cokelat baik untuk kesihatan. Tapi bukankah cokelat itu kaya dengan kolesterol dan lemak?
Even Messi loves chocolate
Ini berita baik untuk anda semua... beberapa unsur lemak didalam cokelat sebenarnya tidak memudaratkan tahap kolesterol badan. Lemak ('Fat') didalam cokelat terdiri daripada:-
  1. 1/3 Olec Acid: lemak tidak tepu yang sihat biasa didapati didalam minyak zaitun.
  2. 1/3 Stearic Acid: lemak tepu namun memberi kesan neutral/ tidak berbisa kepada kolesterol
  3. 1/3 Palmitic Acid: lemak tepu yang bahaya dan menaikkan tahap kolesterol dan risiko jantung.

Ini bermakna daripada 3 unsur lemak didalam cokelat hanya 1 lemak tepu yang jahat dan merbahaya. Okey what only 1 dangerous fat in our yummy chocolate? Harap-harap dapatan saintifik ini dapat memberi ketenangan fikiran pada anda semua. I'm happy so should you. Jemput makan cokelat.

 

Tuesday, February 22, 2011

Billboard Cokelat Terbesar

Meiji Seika Kaisha Ltd? Syarikat apa tu? tak pernah dengar pun. Tunggu dulu sebab kini nama Meiji Seika tidak akan anda dapat lupakan! Semuanya gara-gara gimik syarikat sempena Valentine Day 2011. 
What is that? Is it choc bar...
Meiji Seika Kaisah Ltd adalah syarikat pengeluar cokelat utama di Jepun. Tahukah anda menjadi adat bagi wanita Jepun untuk menghadiahkan cokelat kepada lelaki sempena hari Valentine.  (Alangkah baiknya jika adat sama diamalkan di Malaysia huhu). Oleh itu bagi mempromosikan cokelat Meiji, syarikat tersebut telah membina Billboard Terbesar Dunia di Takatsuki, Osaka, Jepun.
Choc bar? It can't be that big? Better take a closer look...
Papan iklan dikenali dengan nama 'Big Miruchi' (muruchi bermaksud 'cokelat susu' dalam bahasa Jepun) dilancarkan pada 11.2.2011. Ia terdiri daripada 42 blok plastik yang dilekatkan pada dinding kilang cokelat syarikat tersebut. 
Shooot! Definitely a Gigantic Yummy Chocolate Bar
Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan lintasan keretapi sangat strategik kerana ia secara senyap mempengaruhi minda pengguna keretapi untuk merasai kelazatan cokelat Meiji. Sebenarnya  taktik promosi tersebut bukan hanya 'meracuni' masyarakat Jepun ia jelas berjaya mempengaruhi masyarakat dunia. Now I want to taste Meiji chocolate! Now!

Monday, February 21, 2011

My Choc Muffins

Dalam kesibukan aktiviti harian kita pasti tertanya apakah kaedah penyediaan  manisan/ desert yang mudah dan cepat? 

Saya cadangkan aktiviti membakar muffin. Ia mudah, cepat dan sedap. Bertambah mudah lagi kerana campuran tepung muffin memang sudah disediakan dan mudah didapati di kedai bahan kek. Kini anda tidak perlu lagi membancuh dan menyukat tepung muffin sendiri. Apa yang anda perlukan hanya minyak,  telur dan tepung muffin.

Walaupun muffin dan kek agak serupa kerana kedua-duanya perlu dibakar didalm oven tetapi sebenarnya ada perbezaan ketara antra keduanya. Perbezaan yang paling utama adalah muffin datang daripada keluarga roti. Sebab itu muffin tidak memerlukan 'yeast'.

Satu lagi perbezaan ketara adalah rasa muffin yang tidak terlalu manis. Kek pula manis ditambah dengan krim dan hiasan warna-warni yang beraneka corak. Muffin pula lebih ringkas tanpa hiasan tetapi lebih sihat kerana mengandungi kekacang, cokelat atau buah.
Cokelat cip muffin puffin
My love hi hi
Bagi saya perbezaan yang paling tidak boleh dilupakan adalah bau muffin yang baru dimasak. Semerbak dan menyelerakan. Walaupun muffin idealnya dimakan sebagai sarapan tetapi apabila sudah terbau sahaja muffin... siang, malam, pagi dan petang bukan lagi ukuran hehe. Seperti biasa my favourite 'Double choc Muffin'.  

Saturday, February 19, 2011

Mould ABC comel

Sebagai percubaan menaik taraf rekabentuk cokelat buatan rumah saya telah mendapatkan mould abjad. Biasalah sebagai permulaan saya memilih mould abjad diperbuat daripada plastik jerneh (most probably made in China) dan mudah lentur. Ia paling ekonomik dan mudah didapati dipasaran.
Mould abjad ini biasanya dijadikan lapisan kedua kepada lapisan utama cokelat. Maknanya ia akan dijadikan hiasan diatas ketulan cokelat asas. Ia sangat penting bagi menyampaikan mesej istimewa diatas susunan cokelat asas. Ia adalah sebahagian daripada sentuhan kreatif eksklusif pembuat cokelat sendiri.

Rendang cokelat hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...