"Any colour - so long as it's Chocolate"
Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Percutian Sambil Belajar; Beryl's Kingdom

Sempena musim cuti sekolah pasti kita buntu memikirkan lokasi yang sesuai untuk berjalan-jalan. Disini saya cadangkan lokasi yang cantik, informatif, jimat dan mengenyangkan: Beryl's Chocolate Kingdom. 
'Pasaraya cokelat' yang terletak di No 38, Jalan Utara, Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur ini umpama satu taman fantasi cokelat yang penuh warna-warni terletak ditengah bandar Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari daripada jam 9 pagi hingga 6 petang.
Beryl's adalah jenama cokelat tempatan yang telah menembusi pasaran antarbangsa khususnya Asia dan Timur Tengah. Berbeza dengan cokelat dipasaraya, kilang ini menawarkan lebih 70 produk citarasa cokelat yang unik seperti durian, cili, kentang dan buah-buahan. 
Lawatan di kilang Beryl's biasanya dimulakan dengan taklimat video pengenalan cokelat. Seterusnya anda diberi penerangan tentang proses pengilangan cokelat Beryl's sebelum diakhiri dengan bilik pameran produk Beryl's. 
At least 1 kali dalam hidup pengemar cokelat wajib pergi ke Beryl's Kingdom. Percutian ringkas namun penuh informasi. Yang lebih penting adalah suasana menarik dicipatakan oleh Beryl's bagi menanam minat masyarakat dengan cokelat. Perhaps this is where the movie Charlie and a Chocolate Factory becomes reality.

Monday, April 18, 2011

John Cadbury: Idealis Cokelat

John Cadbury: Perintis legasi Cadbury
Tiada satu tokoh dunia pun yang memperjuangkan kebaikan cokelat sehebat John Cadbury (1801 - 1889). Beliau adalah seorang idealis di zaman revolusi industri di Britain yang percaya cokelat adalah penawar segala masalah hidup. Ketika itu walaupun Britain maju dalam industri pembuatan namun masalah kemiskinan dan sosial amat berleluasa.

Iklan Pertama Cadbury
John Cadbury seorang peniaga runcit dari golongan bangsawan di Birmingham dengan lantang mengemukakan idea bahawa semua masalah keruntuhan moral dan pengangguran tersebut berpunca daripada arak! Oleh itu beliau mencadangkan alternatif arak kepada masyarakat Britain iaitu; Cokelat. Beliau percaya cokelat yang menyegarkan dan menyihatkan dapat menangani kealpaan akibat arak.


Menerusi kilang cokelat yang diusahakannya pada 1831 beliau mula mempromosikan minuman cokelat dan koko panas. Produk minuman cokelat tersebut mendapat sambutan menggalakkan. Kilang yang lebih besar dibina di Birmingham pada 1847. Hasilnya muncul produk cokelat bar yang kini sangat sinonim dengan Cadbury.
Cokelat Cadbury terawal
Masyarakat Birmingham England sangat mengagungkan legasi John Cadbury. Tahukah anda bahawa sehingga kini satu-satunya negeri di Eropah yang mengharamkan penjualan arak adalah di Birmingham! 

Kini ketika menjamah cokelat Cadbury kita boleh renungi idea murni yang dicetuskan oleh John Cadbury. Suddenly my Cadbury bar taste so good...

Monday, March 21, 2011

Cokelat Bar Terbesar di Dunia

Minat saya pada cokelat agak menurun kebelakangan ini. Saya kira ia adalah lumrah (Sedangkan iman pun ada pasang surut ini kan pula soal perasaan hehe). Sambil menghirup secawan nescafe saya merenung sepotong cokelat bar di tangan... dan tertanya 'Apa cokelat bar yang paling besar didunia?'

Rekod Guinness bagi cokelat bar terbesar didunia dicipta di Armenia pada 11 September 2010. Ia memadamkan rekod dunia yang dicipta di Itali pada 2007. Hasil kerja tangan syarikat cokelat tempatan Armenia iaitu Grand Candy maka terhasillah cokelat bar  seberat 4,410 kilogram.
Jongkong Cokelat hehe
Rekod dunia cokelat bar oleh Syarikat Grand Candy bersempena ulangtahun ke-10 syarikat tersebut dihasilkan daripada 70% koko tulen. Ia berukuran 560 cm panjang/ 275 cm lebar dengan ketebalan 25 cm! Satu lagi stategi promosi yang efisyen dan mengiurkan.

Seperti biasa cokelat bar ini dipamerkan selama sebulan di ibu negara Armenia iaitu Yerevan. Selepas sebulan dibiarkan untuk tatapan umum maka kita semua sudah dapat menduga akan nasib malang yang menimpa cokelat bar itu. Ia dengan selamatnya dilapah dan diratah beramai-ramai pada 16 Oktober 2010. Yummmy.

Saturday, March 19, 2011

Pertandingan Cokelat Se-Dunia

Setiap kerjaya pasti ada kemuncaknya. Bagi pemain bolasepak kejayaan memenangi Piala Dunia adalah kemuncak kerjaya. Bagi anda yang membuat cokelat ketahuilah bahawa puncak kejayaan anda adalah apabila memenangi "Pertandingan Cokelat Master Sedunia".
World Chocolate Master adalah pertandingan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ia dianjurkan oleh 2 jenama ekslusif cokelat iaitu Cacao Bary (France) dan Callebaut (Belgium). Ia terbuka kepada setiap individu dan perlu melepasi peringkat saringan sebelum bertanding di pentas akhir di Perancis.

Pertandingan Chocolate Master ini merupakan landasan terbaik bagi pembuat cokelat yang ingin menempa nama. Kategori yang dipertandingkan termasuk Best Praline, Best Chocolate Pastry dan Best Chocolate Showcase. Namun perlu diingatkan bahawa anda yang berdarah gemuruh perlu banyak berlatih kerana pertandingan akhir di Perancis dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.


Pada tahun 2011 ini pertandingan akan berlangsung pada 19- 21 Oktober depan. Masih ada masa untuk berlatih. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Saya juara! Siapa saya... Tungguuuuu

Thursday, March 3, 2011

Chocolatier; Cita-cita ku

Sibuk nampak...
Acap kali perkataan 'chocolatier' disebut tanpa kita sedari betapa tinggi maksudnya. Chocolatier didefinasikan sebagai pengadun/ pembuat makanan hiasan (confectionery) khusus menggunakan cokelat. Beliau adalah tukang masak (chef) profesional yang mahir dalam bidang cokelat.  

Ia berbeza dengan pengilang cokelat seperti Cadbury yang hanya memproses cokelat daripada biji koko. Pengilang membuat cokelat dalam kuantiti yang besar tanpa nilai seni manakala seseorang Chocolatier mereka-cipta cokelat dalam kuantiti kecil namun berseni. 

Its crawling! Its alive!
Cun n Simple
Hasil tangan Choclatier bersifat artistik dan kreatif agar dapat menarik perhatian dan membangkit selera penggemar cokelat. Keindahan seni dan kemahiran menghias serta mengadun campuran  rasa cokelat adalah penentu nilai komersial sesuatu cokelat. Ringkasnya Chocolatier adalah chef cokelat yang mahir dalam menentukan kombinasi rasa dan rupa cokelat. Setelah seseorang chocolatier menguasai kemahiran artistik cokelat beliau boleh diiktiraf sebagai 'Master Chocolatier'.

Ketahuilah bahawa cita-cita memahirkan diri membuat cokelat home-made melayakkan anda mendapat gelaran 'Chocolatier'. Siapa tahu satu hari nanti anda mampu menjadi 'Master Chocolatier'. Tiada yang mustahil.

Friday, February 25, 2011

Pilihlah 'Hazelnut' Cokelat

Teringat Chip & Dale
Kacang Hazelnut adalah antara pilihan inti cokelat yang digemari ramai. Rasa kacang yang lembut, empuk dan berlemak sangat sedap untuk dikunyah begitu sahaja. Oleh itu apabila kita memilih cokelat yang berintikan hazelnut ketahuilah bahawa ia memberi kebaikan berikut:-

1. Lemak (Fat) yang baik iaitu Oliec acid yang mengurangkan tahap kolesterol jahat;

2. Berkemungkinan besar menghindarkan kita daripada penyakit mata Cataracts. Hasil kajian atas tikus yang diberi makan hazelnut menunjukkan tiada sakit cataracts. (Kesan atas manusia masih belum confirm ye)

3. Kaya dengan Proanthocyanidins yang merangsang saraf otak, memperbaiki aliran darah dan menggurangkan simptom alergi;

4. Kaya Protein dan Fiber;

5. Kaya Vitamin E dan B serta folate, sumber potassium, kalsium dan magnesium yang berfungsi menyeimbangkan tekanan darah. 

Separuh lagi saya dah makan hihi
Namun awas! walaupun hazelnut berkhasiat ia masih sangat kaya dengan kolesterol. Pakar perubatan menyarankan agar kita hanya makan paling maksimum satu gengam hazelnut sehari. Kini cokelat hazelnut tentu lebih sedap daripada biasa setelah kita tahu kebaikannya.      


Wednesday, February 23, 2011

Bukankah cokelat kaya dengan lemak?

Wanita hari ini wajib menjaga kesihatan dan penampilan diri. Semua sedia maklum diet seimbang tidak bermaksud menahan diri daripada makan. Diet yang betul adalah makanan seimbang dan sederhana. Kajian saintifik membuktikan cokelat baik untuk kesihatan. Tapi bukankah cokelat itu kaya dengan kolesterol dan lemak?
Even Messi loves chocolate
Ini berita baik untuk anda semua... beberapa unsur lemak didalam cokelat sebenarnya tidak memudaratkan tahap kolesterol badan. Lemak ('Fat') didalam cokelat terdiri daripada:-
  1. 1/3 Olec Acid: lemak tidak tepu yang sihat biasa didapati didalam minyak zaitun.
  2. 1/3 Stearic Acid: lemak tepu namun memberi kesan neutral/ tidak berbisa kepada kolesterol
  3. 1/3 Palmitic Acid: lemak tepu yang bahaya dan menaikkan tahap kolesterol dan risiko jantung.

Ini bermakna daripada 3 unsur lemak didalam cokelat hanya 1 lemak tepu yang jahat dan merbahaya. Okey what only 1 dangerous fat in our yummy chocolate? Harap-harap dapatan saintifik ini dapat memberi ketenangan fikiran pada anda semua. I'm happy so should you. Jemput makan cokelat.

 

Tuesday, February 22, 2011

Billboard Cokelat Terbesar

Meiji Seika Kaisha Ltd? Syarikat apa tu? tak pernah dengar pun. Tunggu dulu sebab kini nama Meiji Seika tidak akan anda dapat lupakan! Semuanya gara-gara gimik syarikat sempena Valentine Day 2011. 
What is that? Is it choc bar...
Meiji Seika Kaisah Ltd adalah syarikat pengeluar cokelat utama di Jepun. Tahukah anda menjadi adat bagi wanita Jepun untuk menghadiahkan cokelat kepada lelaki sempena hari Valentine.  (Alangkah baiknya jika adat sama diamalkan di Malaysia huhu). Oleh itu bagi mempromosikan cokelat Meiji, syarikat tersebut telah membina Billboard Terbesar Dunia di Takatsuki, Osaka, Jepun.
Choc bar? It can't be that big? Better take a closer look...
Papan iklan dikenali dengan nama 'Big Miruchi' (muruchi bermaksud 'cokelat susu' dalam bahasa Jepun) dilancarkan pada 11.2.2011. Ia terdiri daripada 42 blok plastik yang dilekatkan pada dinding kilang cokelat syarikat tersebut. 
Shooot! Definitely a Gigantic Yummy Chocolate Bar
Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan lintasan keretapi sangat strategik kerana ia secara senyap mempengaruhi minda pengguna keretapi untuk merasai kelazatan cokelat Meiji. Sebenarnya  taktik promosi tersebut bukan hanya 'meracuni' masyarakat Jepun ia jelas berjaya mempengaruhi masyarakat dunia. Now I want to taste Meiji chocolate! Now!

Tuesday, February 15, 2011

Jasa Cokelat

Sejak kecil kita diberitahu tentang bahaya cokelat. Cokelat merosakkan gigi, menggemukkan, membahayakan kesihatan dan bla...bla...bla. Secara peribadinya saya rasa bahaya cokelat 'has been overrated and exagerated'. Sebenarnya semua makanan sekiranya diambil berlebihan pasti berbahaya!


Sebagai membela nasib Cokelat yang tertindas disini saya senarikan jasa-jasa cokelat kepada kita:-

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  2. Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (stress)
  3. Melambatkan proses penuaan
  4. Nilai anti-oksidan yang tinggi
  5. Memberi tenaga ekstra bagi aktiviti riadah
  6. Mudah cair dalam mulut justeru mengelakkan plak gigi
  7. Makanan berkhasiat sumber lemak, protein dan karbohidrat
 
 
Disamping khasiat saintifik diatas bagi saya cokelat sangat berjasa dalam hubungan sosial sesama manusia. Adakah anda sedar jasa cokelat berikut:-
Siapa kata cokelat bahaya?!
 
  1. Hadiah ideal bagi menanam perasaan kasih sayang. 
  2. Makanan paling berkesan bagi memujuk orang tersayang.
  3. Makanan yang memberi kesan sentimental dan kenangan
  4. Umpan mengambil hati orang tersayang
  5. Kejutan untuk majlis keraian 

Monday, February 14, 2011

Bekas Acuan

Bagi proses membentuk cokelat 'Homemade' saya perlu memilih bekas acuan (mould tray). Bekas acuan ini ada pelbagai corak dan variasi. Corak bunga ros, petak, hati dan daun adalah antara yang popular. Agak menarik juga bila saya nampak corak abjad yang pelbagai. 
Tepuk dada tanya sele
Bahan yang digunakan untuk membuat bekas acuan pula saya boleh beri 2 kategori. Jenis pertama adalah yang murah, plastik jerneh dan lembut dan diperbuat daripada Polycarbonate. Jenis yang kedua adalah mahal, legap dan diperbuat daripada aloi atau silikon. 

Sebenarnya saya tiada masalah untuk memilih jenis plastik jerneh sebagai percubaan pertama membuat Homemade chocolate.  Maklumlah ekonomik hehe. Masalah  hanya timbul apabila rambang mata nak memilih corak bekas acuan. Semuanya cute dan cantik.
Ringkas tetapi elegan
 Akhirnya saya memilih bekas acuan berbentuk hati dan petak. Passion and Elegance.

Saturday, February 12, 2011

Buah Ajaib: Asal Nikmat Cokelat

Semua orang tahu Cokelat berasal daripada buah koko. ('cocoa') Tapi pernahkah anda lihat rupa bentuk buah koko. Atau lebih tepat lagi isi kandungan buah koko? Sebelum kita pergi lebih jauh terlebih dahulu saya perkenalkan anda buah ajaib: Theobroma Cocoa

 Cokelat dikategorikan sebagai 'processed food'. Berbeza dengan buah-buahan lain isi koko  adalah bijian pahit yang mesti diperap terlebih dahulu sebelum boleh dimakan.

Hi kami telah diperap hi hi hi
Setelah diperap barulah bijian koko menghasilkan rasa lemak pahit yang menjadi intipati rasa cokelat. 

Sebenarnya proses menghasilkan cokelat yang dijual dipasaran sangat kompleks. Ia mesti dikeringkan, dibakar sebelum dilumatkan... tapi sebelum penerangan lanjut marilah kita berehat dulu sambil makan cokelat hehe.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...