Bagi proses membentuk cokelat 'Homemade' saya perlu memilih bekas acuan (mould tray). Bekas acuan ini ada pelbagai corak dan variasi. Corak bunga ros, petak, hati dan daun adalah antara yang popular. Agak menarik juga bila saya nampak corak abjad yang pelbagai.
Tepuk dada tanya sele |
Bahan yang digunakan untuk membuat bekas acuan pula saya boleh beri 2 kategori. Jenis pertama adalah yang murah, plastik jerneh dan lembut dan diperbuat daripada Polycarbonate. Jenis yang kedua adalah mahal, legap dan diperbuat daripada aloi atau silikon.
Sebenarnya saya tiada masalah untuk memilih jenis plastik jerneh sebagai percubaan pertama membuat Homemade chocolate. Maklumlah ekonomik hehe. Masalah hanya timbul apabila rambang mata nak memilih corak bekas acuan. Semuanya cute dan cantik.
Ringkas tetapi elegan |
Akhirnya saya memilih bekas acuan berbentuk hati dan petak. Passion and Elegance.
0 comments:
Post a Comment