"Any colour - so long as it's Chocolate"
Showing posts with label Isi hati. Show all posts
Showing posts with label Isi hati. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Wanita & Cokelat

Variasi dan kraftangan home-made cokelat sangat mengkagumkan dan sentiasa membangkit selera. Namun satu fakta yang menimbulkan tanda tanya; Dimana kaum lelaki tempatan dalam bidang cokelat? Agak menghairankan apabila tiada blog @ kelas cokelat yang memaparkan kaum lelaki tempatan.

Adakah cokelat sesuatu yang feminin? Mungkinkah cokelat sesuatu yang sangat berseni dan remeh sehinggakan lelaki tempatan sukar memahaminya? Namun agak menghairankan apabila pakar cokelat tempatan dibarisi oleh chef lelaki tersohor seperti Chef Amer. 

Sedang saya tercari-cari jawapannya saya terlihat foto-foto klasik pekerja kilang Cadbury di Birmingham, England tahun 1950-an. Majoriti pekerja Cadbury adalah wanita. Imej wanita pembuat cokelat dipaparkan bersih, suci dan berdedikasi. Mungkinkah ini jawapan yang saya cari?


Jelas wanita dan cokelat sangat sinonim. Cokelat melambangkan kasih sayang dan kelazatan (Same as us women hehe). Kenapa lelaki tempatan tidak melibatkan diri dengan cokelat? Lelaki cuma tukang makan perhaps hehehe.

Tuesday, March 15, 2011

Be strong Japan...

Pada 12 Mac 2011 ketika diberitakan tentang gempa bumi di Jepun, pada mulanya saya tidak terkejut langsung. Maklumlah masyarakat Jepun memang sudah bersedia dengan segala kecanggihan teknologi bagi menghadapi gempa. Jepun sinonim dengan gempa. Anyway earthquake happens at Japan annually, right.
Masya-Allah
Namun jantung tiba-tiba terhenti apabila mendapat tahu skala Richter gempa yang berukuran 9! Ukuran 9 adalah bersamaan dengan gempa di Aceh pada 2004 lalu! Tambahan lagi ia berlaku di lautan dan sudah tentu mengakibatkan Tsunami! Dalam masa yang sama terbayang nasib adik ku yang kini belajar di Fukui Jepun.

This is NOT Dark Chocolate!
I wish I can update more on chocolate as usual. Namun berat hati saya untuk menutup sebelah mata sambil menikmati cokelat apabila mengenangkan nasib rakyat Jepun. Terbaru logi nuklear di Fukushima pula meletup dan sudah tentu sekali lagi Jepun terdedah kepada radiasi nuklear. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersama kita berdoa agar Jepun tabah dan redha dengan takdir Ilahi. Be strong Japan... 

* Syukur adik saya selamt di Fukui tapi bimbang dengan radiasi nuklear.

Wednesday, March 9, 2011

Hari Wanita Sedunia ke-100: Peranan anda?

Sejak era modernisasi di awal kurun ke-20 wanita mula memainkan peranan penting didalam membangunkan industri dunia. Bermula dengan hanya tuntutan tempat kerja yang lebih terbela di dalam industri pembuatan tekstil di Jerman dan Rusia ia merebak kepada tuntutan hak mengundi dan memegang jawatan.

Hari Wanita Sedunia mula diiktiraf secara rasmi pada 1911 apabila berjuta wanita berarak di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland menuntut hak mengundi, memegang jawatan di dalam kerajaan dan menentang diskriminasi. 
 
Sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2011 sangat penting untuk kita hargai dan terus memperjuangkan hak. Kita perlu insaf dengan kelebihan yang dinikmati berbanding dengan  rakan wanita kita di Turki yang diancam dengan 'hak untuk dibunuh atas dasar mencemar maruah keluarga' (honour killing). Kita juga bebas bersuara berbanding dengan wanita di Ivory Coast yang dibunuh apabila berarak menentang Presiden. 

Wahai rakan blogger sekalian saya ucapkan selamat 'Hari Wanita'. Setiap kita adalah individu penting didalam masyarakat dunia dan keluarga. Sedar potensi dan peranan anda. Berbanggalah dengan setiap sumbangan secara langsung kepada keluarga dan tidak langsung kepada negara dan dunia. Nikmati minat anda pada cokelat. 

 "Enjoy every little bits of life with a combination of sweet and bitter chocolate." 

Friday, February 11, 2011

Cinta Cokelat

Terima Kasih Cinta... Cokelat?
Cinta pada cokelat sentiasa ada dalam hati. Sejak kecil saya sangat suka pada Cokelat. Kalau dikenangkan memang tak terkira jenis dan variasi cokelat yang sudah dijamah. Bukan  setakat  cokelat jenama tempatan cokelat import lagi lah tidak terkira banyaknya. 

Namun apabila difikirkan semula, saya dapati sayang seribu kali sayang sebab tiada sebarang rekod atau catatan pernah dibuat. Jika ditanya cokelat apa yang paling sedap? Saya termanggu... Jika ditanya cokelat apa paling mahal? Cokelat apa paling pahit pernah dirasa? ... Masih tiada jawapan.

Menyedari kekurangan komitmen cinta saya pada cokelat maka terhasillah blog ini. Antara resolusi Tahun Baru 2011 saya loretkan catatan cinta saya pada cokelat. Moga cinta Cokelat saya mekar kembali... LOVE u CHOCO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...