"Any colour - so long as it's Chocolate"

Saturday, March 19, 2011

Pertandingan Cokelat Se-Dunia

Setiap kerjaya pasti ada kemuncaknya. Bagi pemain bolasepak kejayaan memenangi Piala Dunia adalah kemuncak kerjaya. Bagi anda yang membuat cokelat ketahuilah bahawa puncak kejayaan anda adalah apabila memenangi "Pertandingan Cokelat Master Sedunia".
World Chocolate Master adalah pertandingan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ia dianjurkan oleh 2 jenama ekslusif cokelat iaitu Cacao Bary (France) dan Callebaut (Belgium). Ia terbuka kepada setiap individu dan perlu melepasi peringkat saringan sebelum bertanding di pentas akhir di Perancis.

Pertandingan Chocolate Master ini merupakan landasan terbaik bagi pembuat cokelat yang ingin menempa nama. Kategori yang dipertandingkan termasuk Best Praline, Best Chocolate Pastry dan Best Chocolate Showcase. Namun perlu diingatkan bahawa anda yang berdarah gemuruh perlu banyak berlatih kerana pertandingan akhir di Perancis dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.


Pada tahun 2011 ini pertandingan akan berlangsung pada 19- 21 Oktober depan. Masih ada masa untuk berlatih. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Saya juara! Siapa saya... Tungguuuuu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...