Pelbagai laman web/ blog yang mendedahkan kaedah seni pembuatan cokelat. Just google and you get the answer. Pendek kata dalam era digital segala informasi berada di hujung jari anda. Oleh itu apabila saya diperkenalkan dengan buku "Terokai Rahsia Coklat" oleh Chef Amer, saya tertanya 'What so secret about cokelat?'. Bukankah melalui internet TIADA lagi rahsia tentang cokelat?
Namun setelah menyelak helaian demi helaian saya terpanggil untuk merumuskan bahawa:-
- Buku terbitan Berita Publishing ini sangat berkualiti dari segi mutu cetakan dan kertas yang digunakan;
- Gambar yang dilampirkan sangat cantik dan menyelerakan;
- Penerangan resepi cokelat melalui gambar mengelakkan penerangan meleret. Most of the time anda cuma ditunjukkan dengan foto cokelat (dan tangan Chef Amer hehe)
- Kaedah pembuatan cokelat diterangkan secara satu persatu dan sangat mudah difahami (Picture speaks thousand words);
- Informasi yang ringkas namun padat sesuai dijadikan rujukan pantas pembaca;
- 50 resepi dan variasi cokelat!
Buku ini memang mengkagumkan. Ia dihasilkan oleh choclatier tempatan dengan citarasa setempat. Hantaran cokelat umpamanya adalah satu pendekatan baru dalam adat tradisi perkahwinan. Chef Amer memang tidak lokek mendedahkan pengalaman beliau.
Thumbs up Chef |
Sesuai benar tajuk buku ini dengan mesej yang disampaikan. Ia benar-benar meneroka rahsia cokelat. Kitab Hikmat Cokelat wajib dimiliki oleh pencinta cokelat.
0 comments:
Post a Comment