Minat saya pada cokelat agak menurun kebelakangan ini. Saya kira ia adalah lumrah (Sedangkan iman pun ada pasang surut ini kan pula soal perasaan hehe). Sambil menghirup secawan nescafe saya merenung sepotong cokelat bar di tangan... dan tertanya 'Apa cokelat bar yang paling besar didunia?'
Rekod Guinness bagi cokelat bar terbesar didunia dicipta di Armenia pada 11 September 2010. Ia memadamkan rekod dunia yang dicipta di Itali pada 2007. Hasil kerja tangan syarikat cokelat tempatan Armenia iaitu Grand Candy maka terhasillah cokelat bar seberat 4,410 kilogram.
Jongkong Cokelat hehe |
Rekod dunia cokelat bar oleh Syarikat Grand Candy bersempena ulangtahun ke-10 syarikat tersebut dihasilkan daripada 70% koko tulen. Ia berukuran 560 cm panjang/ 275 cm lebar dengan ketebalan 25 cm! Satu lagi stategi promosi yang efisyen dan mengiurkan.
Seperti biasa cokelat bar ini dipamerkan selama sebulan di ibu negara Armenia iaitu Yerevan. Selepas sebulan dibiarkan untuk tatapan umum maka kita semua sudah dapat menduga akan nasib malang yang menimpa cokelat bar itu. Ia dengan selamatnya dilapah dan diratah beramai-ramai pada 16 Oktober 2010. Yummmy.
0 comments:
Post a Comment