"Any colour - so long as it's Chocolate"

Tuesday, March 29, 2011

Kitab Hikmat Cokelat

Pelbagai laman web/ blog yang mendedahkan kaedah seni pembuatan cokelat. Just google  and  you get the answer. Pendek kata dalam era digital segala informasi  berada di hujung jari anda. Oleh itu apabila saya diperkenalkan dengan buku "Terokai Rahsia Coklat" oleh Chef Amer, saya tertanya 'What so secret about cokelat?'. Bukankah melalui internet TIADA lagi rahsia tentang cokelat?
Namun setelah menyelak helaian demi helaian saya terpanggil untuk merumuskan bahawa:-
  1. Buku terbitan Berita Publishing ini sangat berkualiti dari segi mutu cetakan dan kertas yang digunakan;
  2. Gambar yang dilampirkan sangat cantik dan menyelerakan;
  3. Penerangan resepi cokelat melalui gambar mengelakkan penerangan meleret. Most of the time anda cuma ditunjukkan dengan foto cokelat (dan tangan Chef Amer hehe)  
  4. Kaedah pembuatan cokelat diterangkan secara satu persatu dan sangat mudah difahami (Picture speaks thousand words);
  5. Informasi yang ringkas namun padat sesuai dijadikan rujukan pantas pembaca;
  6. 50 resepi dan variasi cokelat!
Buku ini memang mengkagumkan. Ia dihasilkan oleh choclatier tempatan dengan citarasa setempat. Hantaran  cokelat umpamanya adalah satu pendekatan baru dalam adat tradisi perkahwinan. Chef Amer memang tidak lokek mendedahkan pengalaman beliau. 
Thumbs up Chef
Sesuai benar tajuk buku ini dengan mesej yang disampaikan. Ia benar-benar meneroka rahsia cokelat. Kitab Hikmat Cokelat wajib dimiliki oleh pencinta cokelat.

Wednesday, March 23, 2011

Wanita & Cokelat

Variasi dan kraftangan home-made cokelat sangat mengkagumkan dan sentiasa membangkit selera. Namun satu fakta yang menimbulkan tanda tanya; Dimana kaum lelaki tempatan dalam bidang cokelat? Agak menghairankan apabila tiada blog @ kelas cokelat yang memaparkan kaum lelaki tempatan.

Adakah cokelat sesuatu yang feminin? Mungkinkah cokelat sesuatu yang sangat berseni dan remeh sehinggakan lelaki tempatan sukar memahaminya? Namun agak menghairankan apabila pakar cokelat tempatan dibarisi oleh chef lelaki tersohor seperti Chef Amer. 

Sedang saya tercari-cari jawapannya saya terlihat foto-foto klasik pekerja kilang Cadbury di Birmingham, England tahun 1950-an. Majoriti pekerja Cadbury adalah wanita. Imej wanita pembuat cokelat dipaparkan bersih, suci dan berdedikasi. Mungkinkah ini jawapan yang saya cari?


Jelas wanita dan cokelat sangat sinonim. Cokelat melambangkan kasih sayang dan kelazatan (Same as us women hehe). Kenapa lelaki tempatan tidak melibatkan diri dengan cokelat? Lelaki cuma tukang makan perhaps hehehe.

Monday, March 21, 2011

Cokelat Bar Terbesar di Dunia

Minat saya pada cokelat agak menurun kebelakangan ini. Saya kira ia adalah lumrah (Sedangkan iman pun ada pasang surut ini kan pula soal perasaan hehe). Sambil menghirup secawan nescafe saya merenung sepotong cokelat bar di tangan... dan tertanya 'Apa cokelat bar yang paling besar didunia?'

Rekod Guinness bagi cokelat bar terbesar didunia dicipta di Armenia pada 11 September 2010. Ia memadamkan rekod dunia yang dicipta di Itali pada 2007. Hasil kerja tangan syarikat cokelat tempatan Armenia iaitu Grand Candy maka terhasillah cokelat bar  seberat 4,410 kilogram.
Jongkong Cokelat hehe
Rekod dunia cokelat bar oleh Syarikat Grand Candy bersempena ulangtahun ke-10 syarikat tersebut dihasilkan daripada 70% koko tulen. Ia berukuran 560 cm panjang/ 275 cm lebar dengan ketebalan 25 cm! Satu lagi stategi promosi yang efisyen dan mengiurkan.

Seperti biasa cokelat bar ini dipamerkan selama sebulan di ibu negara Armenia iaitu Yerevan. Selepas sebulan dibiarkan untuk tatapan umum maka kita semua sudah dapat menduga akan nasib malang yang menimpa cokelat bar itu. Ia dengan selamatnya dilapah dan diratah beramai-ramai pada 16 Oktober 2010. Yummmy.

Saturday, March 19, 2011

Pertandingan Cokelat Se-Dunia

Setiap kerjaya pasti ada kemuncaknya. Bagi pemain bolasepak kejayaan memenangi Piala Dunia adalah kemuncak kerjaya. Bagi anda yang membuat cokelat ketahuilah bahawa puncak kejayaan anda adalah apabila memenangi "Pertandingan Cokelat Master Sedunia".
World Chocolate Master adalah pertandingan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ia dianjurkan oleh 2 jenama ekslusif cokelat iaitu Cacao Bary (France) dan Callebaut (Belgium). Ia terbuka kepada setiap individu dan perlu melepasi peringkat saringan sebelum bertanding di pentas akhir di Perancis.

Pertandingan Chocolate Master ini merupakan landasan terbaik bagi pembuat cokelat yang ingin menempa nama. Kategori yang dipertandingkan termasuk Best Praline, Best Chocolate Pastry dan Best Chocolate Showcase. Namun perlu diingatkan bahawa anda yang berdarah gemuruh perlu banyak berlatih kerana pertandingan akhir di Perancis dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.


Pada tahun 2011 ini pertandingan akan berlangsung pada 19- 21 Oktober depan. Masih ada masa untuk berlatih. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Saya juara! Siapa saya... Tungguuuuu

Tuesday, March 15, 2011

Be strong Japan...

Pada 12 Mac 2011 ketika diberitakan tentang gempa bumi di Jepun, pada mulanya saya tidak terkejut langsung. Maklumlah masyarakat Jepun memang sudah bersedia dengan segala kecanggihan teknologi bagi menghadapi gempa. Jepun sinonim dengan gempa. Anyway earthquake happens at Japan annually, right.
Masya-Allah
Namun jantung tiba-tiba terhenti apabila mendapat tahu skala Richter gempa yang berukuran 9! Ukuran 9 adalah bersamaan dengan gempa di Aceh pada 2004 lalu! Tambahan lagi ia berlaku di lautan dan sudah tentu mengakibatkan Tsunami! Dalam masa yang sama terbayang nasib adik ku yang kini belajar di Fukui Jepun.

This is NOT Dark Chocolate!
I wish I can update more on chocolate as usual. Namun berat hati saya untuk menutup sebelah mata sambil menikmati cokelat apabila mengenangkan nasib rakyat Jepun. Terbaru logi nuklear di Fukushima pula meletup dan sudah tentu sekali lagi Jepun terdedah kepada radiasi nuklear. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersama kita berdoa agar Jepun tabah dan redha dengan takdir Ilahi. Be strong Japan... 

* Syukur adik saya selamt di Fukui tapi bimbang dengan radiasi nuklear.

Wednesday, March 9, 2011

Hari Wanita Sedunia ke-100: Peranan anda?

Sejak era modernisasi di awal kurun ke-20 wanita mula memainkan peranan penting didalam membangunkan industri dunia. Bermula dengan hanya tuntutan tempat kerja yang lebih terbela di dalam industri pembuatan tekstil di Jerman dan Rusia ia merebak kepada tuntutan hak mengundi dan memegang jawatan.

Hari Wanita Sedunia mula diiktiraf secara rasmi pada 1911 apabila berjuta wanita berarak di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland menuntut hak mengundi, memegang jawatan di dalam kerajaan dan menentang diskriminasi. 
 
Sambutan Hari Wanita Sedunia Tahun 2011 sangat penting untuk kita hargai dan terus memperjuangkan hak. Kita perlu insaf dengan kelebihan yang dinikmati berbanding dengan  rakan wanita kita di Turki yang diancam dengan 'hak untuk dibunuh atas dasar mencemar maruah keluarga' (honour killing). Kita juga bebas bersuara berbanding dengan wanita di Ivory Coast yang dibunuh apabila berarak menentang Presiden. 

Wahai rakan blogger sekalian saya ucapkan selamat 'Hari Wanita'. Setiap kita adalah individu penting didalam masyarakat dunia dan keluarga. Sedar potensi dan peranan anda. Berbanggalah dengan setiap sumbangan secara langsung kepada keluarga dan tidak langsung kepada negara dan dunia. Nikmati minat anda pada cokelat. 

 "Enjoy every little bits of life with a combination of sweet and bitter chocolate." 

Saturday, March 5, 2011

Tips Cokelat: Asri Abidin

Apakah yang membezakan sesuatu jenis coklat? Asri memberitahu perbezaan ini bergantung kepada kandungan koko. Coklat yang mempunyai lebih tinggi kandungan koko mempunyai rasa lebih pahit.

Katanya, coklat yang dikenali sebagai coklat gelap (dark chocolate) digemari orang Barat yang apabila membeli meneliti terlebih dulu kandungan koko dalam coklat. Orang Malaysia pula menggemari coklat susu.

“Coklat gelap pahit kerana mempunyai antara 40 hingga 50 peratus kandungan koko, manakala coklat susu kurang dari 40 peratus,” katanya.

Mengapa sesetengah jenis coklat, terutama yang murah tidak begitu enak? Asri berkata, ini bergantung kepada jenis lemak koko (cocoa butter) yang digunakan. Kebiasaan coklat berkualiti tinggi menggunakan lemak koko asli, manakala coklat berkualiti rendah menggunakan minyak sayur-sayuran.

* OPPSsss terlupa pulak saya nak perkenalkan siapa Asri Abidin.  Beliau adalah usahawan muda cokelat, TAUKE Rab Nine Food Industries berusia 26 tahun! 

Thursday, March 3, 2011

Chocolatier; Cita-cita ku

Sibuk nampak...
Acap kali perkataan 'chocolatier' disebut tanpa kita sedari betapa tinggi maksudnya. Chocolatier didefinasikan sebagai pengadun/ pembuat makanan hiasan (confectionery) khusus menggunakan cokelat. Beliau adalah tukang masak (chef) profesional yang mahir dalam bidang cokelat.  

Ia berbeza dengan pengilang cokelat seperti Cadbury yang hanya memproses cokelat daripada biji koko. Pengilang membuat cokelat dalam kuantiti yang besar tanpa nilai seni manakala seseorang Chocolatier mereka-cipta cokelat dalam kuantiti kecil namun berseni. 

Its crawling! Its alive!
Cun n Simple
Hasil tangan Choclatier bersifat artistik dan kreatif agar dapat menarik perhatian dan membangkit selera penggemar cokelat. Keindahan seni dan kemahiran menghias serta mengadun campuran  rasa cokelat adalah penentu nilai komersial sesuatu cokelat. Ringkasnya Chocolatier adalah chef cokelat yang mahir dalam menentukan kombinasi rasa dan rupa cokelat. Setelah seseorang chocolatier menguasai kemahiran artistik cokelat beliau boleh diiktiraf sebagai 'Master Chocolatier'.

Ketahuilah bahawa cita-cita memahirkan diri membuat cokelat home-made melayakkan anda mendapat gelaran 'Chocolatier'. Siapa tahu satu hari nanti anda mampu menjadi 'Master Chocolatier'. Tiada yang mustahil.

Tuesday, March 1, 2011

Campur tangan anak di Dapur! Tolong...

Senario yang sentiasa menghantui kita setiap kali bercadang untuk membakar muffin atau membancuh cokelat adalah: 'Campur tangan' anak-anak kecil di dapur. Ia agak memeningkan, boleh mendidihkan darah dan acap kali membantutkan usaha untuk penyediaan cokelat yang istimewa (sebab kelam kabut). 

Tips berikut boleh digunapakai bagi mengubah senario tersebut. Saya sentiasa percaya setiap 'kesengsaraan' pasti menjadi satu kenikmatan apabila kita memperbetulkan niat dan minda ke arah positif.

1. Sentiasa menganggap proses membakar kek cokelat umpamanya sebagai pendedahan kepada anak kecil tentang  bahan  masakan, deria rasa dan sifat tolong menolong;  

2. Sentiasa menyelitkan proses mengira ketika menyediakan sukatan bahan kek cokelat umpamanya. Ia  secara tidak langsung mempraktikkan pengetahuan matematik didalam aplikasi harian anak-anak;

3. Sentiasa menganggap proses membakar kek cokelat umpamanya sebagai satu saat manis bersama anak-anak. Cokelat yang senget dan herot-berot dijadikan sebagai bahan ketawa. Kek hangus menjadi pengajaran tentang kepahitan apabila culas membakar umpamanya. Always look at the bright side.   

4. Pengajaran kepada deria rasa anak-anak umpamanya tentang kepanasan oven dan kesejukan ais. Memanamkan sikap berani mencuba dan memahirkan teknik memecahkan telur umpamanya.
Moga 'campur tangan anak' didapur dapat dilihat sebagai penawar dan rencam hidup yang menggelikan hati.      

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...