"Any colour - so long as it's Chocolate"

Friday, February 25, 2011

Pilihlah 'Hazelnut' Cokelat

Teringat Chip & Dale
Kacang Hazelnut adalah antara pilihan inti cokelat yang digemari ramai. Rasa kacang yang lembut, empuk dan berlemak sangat sedap untuk dikunyah begitu sahaja. Oleh itu apabila kita memilih cokelat yang berintikan hazelnut ketahuilah bahawa ia memberi kebaikan berikut:-

1. Lemak (Fat) yang baik iaitu Oliec acid yang mengurangkan tahap kolesterol jahat;

2. Berkemungkinan besar menghindarkan kita daripada penyakit mata Cataracts. Hasil kajian atas tikus yang diberi makan hazelnut menunjukkan tiada sakit cataracts. (Kesan atas manusia masih belum confirm ye)

3. Kaya dengan Proanthocyanidins yang merangsang saraf otak, memperbaiki aliran darah dan menggurangkan simptom alergi;

4. Kaya Protein dan Fiber;

5. Kaya Vitamin E dan B serta folate, sumber potassium, kalsium dan magnesium yang berfungsi menyeimbangkan tekanan darah. 

Separuh lagi saya dah makan hihi
Namun awas! walaupun hazelnut berkhasiat ia masih sangat kaya dengan kolesterol. Pakar perubatan menyarankan agar kita hanya makan paling maksimum satu gengam hazelnut sehari. Kini cokelat hazelnut tentu lebih sedap daripada biasa setelah kita tahu kebaikannya.      


Wednesday, February 23, 2011

Bukankah cokelat kaya dengan lemak?

Wanita hari ini wajib menjaga kesihatan dan penampilan diri. Semua sedia maklum diet seimbang tidak bermaksud menahan diri daripada makan. Diet yang betul adalah makanan seimbang dan sederhana. Kajian saintifik membuktikan cokelat baik untuk kesihatan. Tapi bukankah cokelat itu kaya dengan kolesterol dan lemak?
Even Messi loves chocolate
Ini berita baik untuk anda semua... beberapa unsur lemak didalam cokelat sebenarnya tidak memudaratkan tahap kolesterol badan. Lemak ('Fat') didalam cokelat terdiri daripada:-
  1. 1/3 Olec Acid: lemak tidak tepu yang sihat biasa didapati didalam minyak zaitun.
  2. 1/3 Stearic Acid: lemak tepu namun memberi kesan neutral/ tidak berbisa kepada kolesterol
  3. 1/3 Palmitic Acid: lemak tepu yang bahaya dan menaikkan tahap kolesterol dan risiko jantung.

Ini bermakna daripada 3 unsur lemak didalam cokelat hanya 1 lemak tepu yang jahat dan merbahaya. Okey what only 1 dangerous fat in our yummy chocolate? Harap-harap dapatan saintifik ini dapat memberi ketenangan fikiran pada anda semua. I'm happy so should you. Jemput makan cokelat.

 

Tuesday, February 22, 2011

Billboard Cokelat Terbesar

Meiji Seika Kaisha Ltd? Syarikat apa tu? tak pernah dengar pun. Tunggu dulu sebab kini nama Meiji Seika tidak akan anda dapat lupakan! Semuanya gara-gara gimik syarikat sempena Valentine Day 2011. 
What is that? Is it choc bar...
Meiji Seika Kaisah Ltd adalah syarikat pengeluar cokelat utama di Jepun. Tahukah anda menjadi adat bagi wanita Jepun untuk menghadiahkan cokelat kepada lelaki sempena hari Valentine.  (Alangkah baiknya jika adat sama diamalkan di Malaysia huhu). Oleh itu bagi mempromosikan cokelat Meiji, syarikat tersebut telah membina Billboard Terbesar Dunia di Takatsuki, Osaka, Jepun.
Choc bar? It can't be that big? Better take a closer look...
Papan iklan dikenali dengan nama 'Big Miruchi' (muruchi bermaksud 'cokelat susu' dalam bahasa Jepun) dilancarkan pada 11.2.2011. Ia terdiri daripada 42 blok plastik yang dilekatkan pada dinding kilang cokelat syarikat tersebut. 
Shooot! Definitely a Gigantic Yummy Chocolate Bar
Lokasinya yang terletak bersebelahan dengan lintasan keretapi sangat strategik kerana ia secara senyap mempengaruhi minda pengguna keretapi untuk merasai kelazatan cokelat Meiji. Sebenarnya  taktik promosi tersebut bukan hanya 'meracuni' masyarakat Jepun ia jelas berjaya mempengaruhi masyarakat dunia. Now I want to taste Meiji chocolate! Now!

Monday, February 21, 2011

My Choc Muffins

Dalam kesibukan aktiviti harian kita pasti tertanya apakah kaedah penyediaan  manisan/ desert yang mudah dan cepat? 

Saya cadangkan aktiviti membakar muffin. Ia mudah, cepat dan sedap. Bertambah mudah lagi kerana campuran tepung muffin memang sudah disediakan dan mudah didapati di kedai bahan kek. Kini anda tidak perlu lagi membancuh dan menyukat tepung muffin sendiri. Apa yang anda perlukan hanya minyak,  telur dan tepung muffin.

Walaupun muffin dan kek agak serupa kerana kedua-duanya perlu dibakar didalm oven tetapi sebenarnya ada perbezaan ketara antra keduanya. Perbezaan yang paling utama adalah muffin datang daripada keluarga roti. Sebab itu muffin tidak memerlukan 'yeast'.

Satu lagi perbezaan ketara adalah rasa muffin yang tidak terlalu manis. Kek pula manis ditambah dengan krim dan hiasan warna-warni yang beraneka corak. Muffin pula lebih ringkas tanpa hiasan tetapi lebih sihat kerana mengandungi kekacang, cokelat atau buah.
Cokelat cip muffin puffin
My love hi hi
Bagi saya perbezaan yang paling tidak boleh dilupakan adalah bau muffin yang baru dimasak. Semerbak dan menyelerakan. Walaupun muffin idealnya dimakan sebagai sarapan tetapi apabila sudah terbau sahaja muffin... siang, malam, pagi dan petang bukan lagi ukuran hehe. Seperti biasa my favourite 'Double choc Muffin'.  

Saturday, February 19, 2011

Mould ABC comel

Sebagai percubaan menaik taraf rekabentuk cokelat buatan rumah saya telah mendapatkan mould abjad. Biasalah sebagai permulaan saya memilih mould abjad diperbuat daripada plastik jerneh (most probably made in China) dan mudah lentur. Ia paling ekonomik dan mudah didapati dipasaran.
Mould abjad ini biasanya dijadikan lapisan kedua kepada lapisan utama cokelat. Maknanya ia akan dijadikan hiasan diatas ketulan cokelat asas. Ia sangat penting bagi menyampaikan mesej istimewa diatas susunan cokelat asas. Ia adalah sebahagian daripada sentuhan kreatif eksklusif pembuat cokelat sendiri.

Rendang cokelat hehe

Friday, February 18, 2011

Telefon Bimbit Yummmy

Dark chocolate?
"Mulut manis bagai tebu". Pepatah ini pasti sesuai untuk diucapkan kepada sesiapa yang menggunakan handphone CHOCOLATE  BL20 keluaran LG. Telefon 'touch screen' yang menyelerakan ini  siap dilengkapi dengan kamera 5 megapixel, wi-fi dan sebagainya. 
Sedapnya...
Saya tidak berminat untuk memperincikan spesifikasi telefon Chocolate LG ini. Saya cuma membayangkan betapa indahnya rekabentuk telefon bimbit hasil gabungan cokelat dengan teknologi telekomunikasi. Kini kita boleh bercakap sambil makan hehe.    

Krisis Koko di Ivory Coast

Ivory Coast adalah pengekspot koko terbesar dunia. Tahukah anda sejak pilihanraya Presiden pada November 2010 sehingga kini tiada penyandang jawatan Presiden diisi? Presiden asal iaitu Gbagbo enggan melepaskan jawatannya walaupun tewas didalam pilihanraya kepada Alassane Ouattarra.  
Pihak PBB telah mengiktiraf Ouattara sebagai Presiden baru. Gbagbo yang enggan mengalah telah dihukum PBB dengan sekatan pengeksportan koko. PBB berharap sekatan ini akan memaksa Gbagbo melepaskan jawatannya.
Gbagbo (kiri) yang gilakan kekayaan koko Ivory Coast
Dalam era globalisasi masalah di Ivory Coast sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada dunia. Kesan yang paling ketara adalah kenaikan harga cokelat akibat sekatan PBB. Permintaan dunia yang tidak dapat diisi oleh negara penyumbang koko terbesar lambat laun akan menjadikan komoditi cokelat umpama emas. Bersama-sama kita doakan Gbagbo bersara, santai sambil menikmati cokelat  di tepi pantai.  

Wednesday, February 16, 2011

Bilik Cokelat 2011

Sebuah pusat membelah di Vilnius, Lithuania menyambut Hari Valentine 2011 dengan hiasan unik berupa Bilik Cokelat. Seperti namanya bilik yang dipamerkan ini diperbuat daripada 300 kg cokelat pelbagai jenis.
Jemput masuk, menu utama hari ini emmm... Cokelat?
Walaupun ianya hanya bersaiz 17 meter persegi para penggunjung pasti terpegun melihat dekorasi cokelat yang menyerupai bilik tradisional rumah Lithuania. Daripada bumbung ke lantai, perabot, perhiasan dan pinggan mangkuk kesemuanya 100% cokelat. 

Federikas Jansonas, jurucakap bagi pusat membeli belah Akropolis menyatakan "We wanted to create something special for Valentine Day". Tepat sekali kerana ciptaan cokelat ini memang istimewa. 

Tidur kekenyangan selepas makan cokelat
Hasil kreativiti 7 pakar cokelat ini  sangat terperinci, realistik dan menyelerakan. 

Sehingga kini penggunjung hanya boleh melihat sambil menelan air liur kerana Bilik Cokelat ini akan dipamerkan sehingga 8.3.2011. Ia kemudiannya akan diagih-agihkan kepada orang ramai. 

Alangkah nikmatnya sekiranya Lithuania hanya beberapa kilometer daripada Malaysia hehe.

Tuesday, February 15, 2011

Jasa Cokelat

Sejak kecil kita diberitahu tentang bahaya cokelat. Cokelat merosakkan gigi, menggemukkan, membahayakan kesihatan dan bla...bla...bla. Secara peribadinya saya rasa bahaya cokelat 'has been overrated and exagerated'. Sebenarnya semua makanan sekiranya diambil berlebihan pasti berbahaya!


Sebagai membela nasib Cokelat yang tertindas disini saya senarikan jasa-jasa cokelat kepada kita:-

  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  2. Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan (stress)
  3. Melambatkan proses penuaan
  4. Nilai anti-oksidan yang tinggi
  5. Memberi tenaga ekstra bagi aktiviti riadah
  6. Mudah cair dalam mulut justeru mengelakkan plak gigi
  7. Makanan berkhasiat sumber lemak, protein dan karbohidrat
 
 
Disamping khasiat saintifik diatas bagi saya cokelat sangat berjasa dalam hubungan sosial sesama manusia. Adakah anda sedar jasa cokelat berikut:-
Siapa kata cokelat bahaya?!
 
  1. Hadiah ideal bagi menanam perasaan kasih sayang. 
  2. Makanan paling berkesan bagi memujuk orang tersayang.
  3. Makanan yang memberi kesan sentimental dan kenangan
  4. Umpan mengambil hati orang tersayang
  5. Kejutan untuk majlis keraian 

Monday, February 14, 2011

Bekas Acuan

Bagi proses membentuk cokelat 'Homemade' saya perlu memilih bekas acuan (mould tray). Bekas acuan ini ada pelbagai corak dan variasi. Corak bunga ros, petak, hati dan daun adalah antara yang popular. Agak menarik juga bila saya nampak corak abjad yang pelbagai. 
Tepuk dada tanya sele
Bahan yang digunakan untuk membuat bekas acuan pula saya boleh beri 2 kategori. Jenis pertama adalah yang murah, plastik jerneh dan lembut dan diperbuat daripada Polycarbonate. Jenis yang kedua adalah mahal, legap dan diperbuat daripada aloi atau silikon. 

Sebenarnya saya tiada masalah untuk memilih jenis plastik jerneh sebagai percubaan pertama membuat Homemade chocolate.  Maklumlah ekonomik hehe. Masalah  hanya timbul apabila rambang mata nak memilih corak bekas acuan. Semuanya cute dan cantik.
Ringkas tetapi elegan
 Akhirnya saya memilih bekas acuan berbentuk hati dan petak. Passion and Elegance.

Sunday, February 13, 2011

Filem fantasi Cokelat pilihan

Bersempena dengan azam 2011 saya untuk merekodkan segala informasi berkenaan Cokelat maka saya teringat tentang filem.  Filem memang sangat berkesan dalam membangkitkan minat Cokelat kerana ia memberi kesan visual yang terperinci keenakan cokelat.

Johnny Depp aka Willy Wonka
Charlie and the Chocolate Factory (2005) adalah filem fantasi terbaik tentang cokelat. Ia mengisahkan Charlie seorang budak miskin yang memenangi cabutan bertuah melawat kilang Cokelat Willy Wonka yang terkenal tetapi penuh misteri. Mesej positif tentang tindakbalas cokelat terhadap tabiat manusia yang tamak, sombong dan baik hati sangat menarik. 

Ia adalah kombinasi filem kanak-kanak dengan mesej santai kepada golongan dewasa. (We chocolate lovers are always young at hearts hehe).


Mana satu cokelat nak makan ni?
Kesan visual tentang keindahan, keenakan dan warna warni cokelat bagaikan syurga kepada setiap 'Chocoholic'. Bayangkan air sungai milk chocolate, taman permainan lollypop dan rumah candy. Karektor Willy Wonka selaku usahawan cokelat yang lucu dan pelik sangat menghiburkan. I really recommend everyone especially kids to watch this movie.

   

Colatta: 1st bought chocolate bar

Bertitik tolak daripada pendedahan 'Home made Chocolate' daripada Kak Long, kini saya berjaya mendapatkan resepi asas penyediaan cokelat. 

Bahan rahsia dan intipati utama Home made Chocolate adalah ... CHOCOLATE BAR! Memanglah agak klise tapi tak semua tahu jenis cokelat bar yang mana sesuai dan sedap betul tak?

Memandangkan saya amat menitiberatkan isu Halal dalam penyediaan makanan maka jenis cokelat bar mesti dipilih dengan teliti. Acap kali kita diingatkan tentang cokelat yang  meragukan kerana ia mengandungi lemak haiwan haram. 


Dark side of Chocolate
Kak Long mencadangkan Cokelat Bar keluaran PT Gandum Mas Kencana Indonesia. Ia diperakui halal oleh Majlis Ulama Indonesia dan dikenali dengan nama Colatta: Professional Chocolates.

Colatta ini Halal, sedap dan boleh digunakan tanpa was-was. Saya tak sabar nak membuat 'Homemade Cokelat'

'Home Made' Cokelat

Ketika pulang bercuti ke kampung sempena Tahun Baru Cina tempoh hari seperti biasa upacara makan malam besar dilangsungkan. Tapi this time sangat istimewa kerana 'Barbeque at the rooftop of Monte Bayu Cheras'.
 
Namun ketika pemanis mulut dihidangkan satu menu yang menarik perhatian saya dihidangkan iaitu 'Home-Made' Chocolate. It was amazing!. Saya pernah membakar muffin cokelat, kek cokelat dan biskut cokelat. Tapi ini baru pertama kali saya merasa cokelat yang dibuat sendiri di rumah.

Rasa cokelat dengan inti yang berbagai seperti kacang, puffed rice  dan kismis. Rupabentuk Cokelat  pula memang unik  Kami sekeluarga makan memang tak ingat. Sedap sangat sampai tak cukup. Saya yakin ia bukan kali terakhir saya melihat cokelat ini. Terima kasih Kak Long for the nice chocolate. Tak sabar untuk belajar membuat cokelat...  

Saturday, February 12, 2011

Buah Ajaib: Asal Nikmat Cokelat

Semua orang tahu Cokelat berasal daripada buah koko. ('cocoa') Tapi pernahkah anda lihat rupa bentuk buah koko. Atau lebih tepat lagi isi kandungan buah koko? Sebelum kita pergi lebih jauh terlebih dahulu saya perkenalkan anda buah ajaib: Theobroma Cocoa

 Cokelat dikategorikan sebagai 'processed food'. Berbeza dengan buah-buahan lain isi koko  adalah bijian pahit yang mesti diperap terlebih dahulu sebelum boleh dimakan.

Hi kami telah diperap hi hi hi
Setelah diperap barulah bijian koko menghasilkan rasa lemak pahit yang menjadi intipati rasa cokelat. 

Sebenarnya proses menghasilkan cokelat yang dijual dipasaran sangat kompleks. Ia mesti dikeringkan, dibakar sebelum dilumatkan... tapi sebelum penerangan lanjut marilah kita berehat dulu sambil makan cokelat hehe.  

Friday, February 11, 2011

Cinta Cokelat

Terima Kasih Cinta... Cokelat?
Cinta pada cokelat sentiasa ada dalam hati. Sejak kecil saya sangat suka pada Cokelat. Kalau dikenangkan memang tak terkira jenis dan variasi cokelat yang sudah dijamah. Bukan  setakat  cokelat jenama tempatan cokelat import lagi lah tidak terkira banyaknya. 

Namun apabila difikirkan semula, saya dapati sayang seribu kali sayang sebab tiada sebarang rekod atau catatan pernah dibuat. Jika ditanya cokelat apa yang paling sedap? Saya termanggu... Jika ditanya cokelat apa paling mahal? Cokelat apa paling pahit pernah dirasa? ... Masih tiada jawapan.

Menyedari kekurangan komitmen cinta saya pada cokelat maka terhasillah blog ini. Antara resolusi Tahun Baru 2011 saya loretkan catatan cinta saya pada cokelat. Moga cinta Cokelat saya mekar kembali... LOVE u CHOCO
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...