"Any colour - so long as it's Chocolate"

Wednesday, April 20, 2011

Takziah Boss Ferrero Roche

Pietro Ferrero (1963- 2011) Senyuman semanis Ferrero Roche
Pada 1942 legasi syarikat Ferrero Group diasaskan oleh Pietro Ferrero dengan pembinaan kilang membuat kacang hazelnut yang diselaputi koko. Ia dikenali sebagai 'Ferrero Roche'. Setelah lebih setengah abad nama 'Ferrero Roche' begitu gah sebagai cokelat yang berprestig, klasik dan anggun.

Tahukah anda Ferrero Group juga adalah pengeluar jenama cokelat Nutella, Kinder Bueno dan Tic Tac. Kini Ferrero Group diterajui oleh cucu pengasasnya yang juga mempunyai nama yang sama iaitu Pietro Ferrero. Beliau dilahirkan di Turin pada 1963. 

Pada 1992 beliau mewarisi peniagaan keluarga Ferrreo dan menjadi Presiden Ferrero Group pada 2007 yang menguruskan 18 kilang dengan 21,000 pekerja di serata dunia. Bapa kepada 3 anak ini sangat disayangi oleh rakyat Itali kerana ketokohan dan kejayaannya mengendali empayar tradisi manisan itali kepada dunia.

Tanggal 18 April 2011 iaitu pada Isnin lepas dunia menangisi pemergian selamanya tokoh empayar Ferrero Roche ini. Pietro Ferrero meninggal dunia secara mengejut ketika menunggang basikal akibat serangan jantung pada usia 47 tahun.   

Akhbar Itali meratapi pemergian Pietro Ferrero dengan bingkisan berikut:-

"Mr Ferrero was just 47-years old, a fit, successful, widely liked and respected family man with three young children. He stood to be even richer than the mogul leading Italy, but unlike Silvio Berlusconi, was not thriving and creating rancour. He was a sort of an anti-Berlusconi who led by example – and died young and on his beloved bicycle, Italy's leisure tool of choice."

Monday, April 18, 2011

John Cadbury: Idealis Cokelat

John Cadbury: Perintis legasi Cadbury
Tiada satu tokoh dunia pun yang memperjuangkan kebaikan cokelat sehebat John Cadbury (1801 - 1889). Beliau adalah seorang idealis di zaman revolusi industri di Britain yang percaya cokelat adalah penawar segala masalah hidup. Ketika itu walaupun Britain maju dalam industri pembuatan namun masalah kemiskinan dan sosial amat berleluasa.

Iklan Pertama Cadbury
John Cadbury seorang peniaga runcit dari golongan bangsawan di Birmingham dengan lantang mengemukakan idea bahawa semua masalah keruntuhan moral dan pengangguran tersebut berpunca daripada arak! Oleh itu beliau mencadangkan alternatif arak kepada masyarakat Britain iaitu; Cokelat. Beliau percaya cokelat yang menyegarkan dan menyihatkan dapat menangani kealpaan akibat arak.


Menerusi kilang cokelat yang diusahakannya pada 1831 beliau mula mempromosikan minuman cokelat dan koko panas. Produk minuman cokelat tersebut mendapat sambutan menggalakkan. Kilang yang lebih besar dibina di Birmingham pada 1847. Hasilnya muncul produk cokelat bar yang kini sangat sinonim dengan Cadbury.
Cokelat Cadbury terawal
Masyarakat Birmingham England sangat mengagungkan legasi John Cadbury. Tahukah anda bahawa sehingga kini satu-satunya negeri di Eropah yang mengharamkan penjualan arak adalah di Birmingham! 

Kini ketika menjamah cokelat Cadbury kita boleh renungi idea murni yang dicetuskan oleh John Cadbury. Suddenly my Cadbury bar taste so good...

Tuesday, March 29, 2011

Kitab Hikmat Cokelat

Pelbagai laman web/ blog yang mendedahkan kaedah seni pembuatan cokelat. Just google  and  you get the answer. Pendek kata dalam era digital segala informasi  berada di hujung jari anda. Oleh itu apabila saya diperkenalkan dengan buku "Terokai Rahsia Coklat" oleh Chef Amer, saya tertanya 'What so secret about cokelat?'. Bukankah melalui internet TIADA lagi rahsia tentang cokelat?
Namun setelah menyelak helaian demi helaian saya terpanggil untuk merumuskan bahawa:-
  1. Buku terbitan Berita Publishing ini sangat berkualiti dari segi mutu cetakan dan kertas yang digunakan;
  2. Gambar yang dilampirkan sangat cantik dan menyelerakan;
  3. Penerangan resepi cokelat melalui gambar mengelakkan penerangan meleret. Most of the time anda cuma ditunjukkan dengan foto cokelat (dan tangan Chef Amer hehe)  
  4. Kaedah pembuatan cokelat diterangkan secara satu persatu dan sangat mudah difahami (Picture speaks thousand words);
  5. Informasi yang ringkas namun padat sesuai dijadikan rujukan pantas pembaca;
  6. 50 resepi dan variasi cokelat!
Buku ini memang mengkagumkan. Ia dihasilkan oleh choclatier tempatan dengan citarasa setempat. Hantaran  cokelat umpamanya adalah satu pendekatan baru dalam adat tradisi perkahwinan. Chef Amer memang tidak lokek mendedahkan pengalaman beliau. 
Thumbs up Chef
Sesuai benar tajuk buku ini dengan mesej yang disampaikan. Ia benar-benar meneroka rahsia cokelat. Kitab Hikmat Cokelat wajib dimiliki oleh pencinta cokelat.

Wednesday, March 23, 2011

Wanita & Cokelat

Variasi dan kraftangan home-made cokelat sangat mengkagumkan dan sentiasa membangkit selera. Namun satu fakta yang menimbulkan tanda tanya; Dimana kaum lelaki tempatan dalam bidang cokelat? Agak menghairankan apabila tiada blog @ kelas cokelat yang memaparkan kaum lelaki tempatan.

Adakah cokelat sesuatu yang feminin? Mungkinkah cokelat sesuatu yang sangat berseni dan remeh sehinggakan lelaki tempatan sukar memahaminya? Namun agak menghairankan apabila pakar cokelat tempatan dibarisi oleh chef lelaki tersohor seperti Chef Amer. 

Sedang saya tercari-cari jawapannya saya terlihat foto-foto klasik pekerja kilang Cadbury di Birmingham, England tahun 1950-an. Majoriti pekerja Cadbury adalah wanita. Imej wanita pembuat cokelat dipaparkan bersih, suci dan berdedikasi. Mungkinkah ini jawapan yang saya cari?


Jelas wanita dan cokelat sangat sinonim. Cokelat melambangkan kasih sayang dan kelazatan (Same as us women hehe). Kenapa lelaki tempatan tidak melibatkan diri dengan cokelat? Lelaki cuma tukang makan perhaps hehehe.

Monday, March 21, 2011

Cokelat Bar Terbesar di Dunia

Minat saya pada cokelat agak menurun kebelakangan ini. Saya kira ia adalah lumrah (Sedangkan iman pun ada pasang surut ini kan pula soal perasaan hehe). Sambil menghirup secawan nescafe saya merenung sepotong cokelat bar di tangan... dan tertanya 'Apa cokelat bar yang paling besar didunia?'

Rekod Guinness bagi cokelat bar terbesar didunia dicipta di Armenia pada 11 September 2010. Ia memadamkan rekod dunia yang dicipta di Itali pada 2007. Hasil kerja tangan syarikat cokelat tempatan Armenia iaitu Grand Candy maka terhasillah cokelat bar  seberat 4,410 kilogram.
Jongkong Cokelat hehe
Rekod dunia cokelat bar oleh Syarikat Grand Candy bersempena ulangtahun ke-10 syarikat tersebut dihasilkan daripada 70% koko tulen. Ia berukuran 560 cm panjang/ 275 cm lebar dengan ketebalan 25 cm! Satu lagi stategi promosi yang efisyen dan mengiurkan.

Seperti biasa cokelat bar ini dipamerkan selama sebulan di ibu negara Armenia iaitu Yerevan. Selepas sebulan dibiarkan untuk tatapan umum maka kita semua sudah dapat menduga akan nasib malang yang menimpa cokelat bar itu. Ia dengan selamatnya dilapah dan diratah beramai-ramai pada 16 Oktober 2010. Yummmy.

Saturday, March 19, 2011

Pertandingan Cokelat Se-Dunia

Setiap kerjaya pasti ada kemuncaknya. Bagi pemain bolasepak kejayaan memenangi Piala Dunia adalah kemuncak kerjaya. Bagi anda yang membuat cokelat ketahuilah bahawa puncak kejayaan anda adalah apabila memenangi "Pertandingan Cokelat Master Sedunia".
World Chocolate Master adalah pertandingan dwi tahunan yang mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ia dianjurkan oleh 2 jenama ekslusif cokelat iaitu Cacao Bary (France) dan Callebaut (Belgium). Ia terbuka kepada setiap individu dan perlu melepasi peringkat saringan sebelum bertanding di pentas akhir di Perancis.

Pertandingan Chocolate Master ini merupakan landasan terbaik bagi pembuat cokelat yang ingin menempa nama. Kategori yang dipertandingkan termasuk Best Praline, Best Chocolate Pastry dan Best Chocolate Showcase. Namun perlu diingatkan bahawa anda yang berdarah gemuruh perlu banyak berlatih kerana pertandingan akhir di Perancis dipersembahkan di hadapan penonton secara langsung.


Pada tahun 2011 ini pertandingan akan berlangsung pada 19- 21 Oktober depan. Masih ada masa untuk berlatih. Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu?
Saya juara! Siapa saya... Tungguuuuu

Tuesday, March 15, 2011

Be strong Japan...

Pada 12 Mac 2011 ketika diberitakan tentang gempa bumi di Jepun, pada mulanya saya tidak terkejut langsung. Maklumlah masyarakat Jepun memang sudah bersedia dengan segala kecanggihan teknologi bagi menghadapi gempa. Jepun sinonim dengan gempa. Anyway earthquake happens at Japan annually, right.
Masya-Allah
Namun jantung tiba-tiba terhenti apabila mendapat tahu skala Richter gempa yang berukuran 9! Ukuran 9 adalah bersamaan dengan gempa di Aceh pada 2004 lalu! Tambahan lagi ia berlaku di lautan dan sudah tentu mengakibatkan Tsunami! Dalam masa yang sama terbayang nasib adik ku yang kini belajar di Fukui Jepun.

This is NOT Dark Chocolate!
I wish I can update more on chocolate as usual. Namun berat hati saya untuk menutup sebelah mata sambil menikmati cokelat apabila mengenangkan nasib rakyat Jepun. Terbaru logi nuklear di Fukushima pula meletup dan sudah tentu sekali lagi Jepun terdedah kepada radiasi nuklear. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Bersama kita berdoa agar Jepun tabah dan redha dengan takdir Ilahi. Be strong Japan... 

* Syukur adik saya selamt di Fukui tapi bimbang dengan radiasi nuklear.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...