"Any colour - so long as it's Chocolate"

Tuesday, February 14, 2012

Cameron Hinghland; Strawberry Celup Cokelat


Rupa paras ideal Strawberry Cokelat. But this is not how you find it at Camroon...
Pada cuti hujung minggu tempoh hari saya berkesempatan melancong ke Cameron Hingland Pahang. Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki disana ternyata Cameron Highland khususnya Tanah Rata dan Brinchang telah mengalamai perubahan yang sangat pesat. Ia bukan lagi pekan 'koboi' sebaliknya umpama syurga membeli belah diatas pergunungan. 


Diantara ribuan sajian makanan yang disajikan di Brinchang tentunya yang menjadi tarikan utama adalah buah Strawberry. Buah istimewa di sini sangat sedap rasanya ditambah dengan suasana nyaman dan angin segar serendah 12 darjah celsius! On top of that saya berkesempatan merasai resipi rahsia Cameron iaitu Strawberry celup Cokelat.


Cameroon Strawberry Cokelat 'sememeh', simple yet delicious
Tidak semua gerai strawberry disini menjual resipi rahsia ini. Anda perlu meneroka dan memerhatikan dengan teliti gerai buah di Brinchang. Tiada papan tanda atau iklan besar besar bagi resipi rahsia ini. Auntie yang menjualnya pula nampak sempoi dan biasa-biasa je. Takde gaya 'chocolatier' langsung.

Tetapi apabila anda terjumpa gerai yang menjualnya anda pasti terliur melihatkan cokelat cair panas dicelupkan dengan strawberry segar. Rasa masam manis strawberry disebatikan dengan kepekatan cokelat susu. Makan 'on the spot' sambil berjalan. Fresh, cokelat cair, messy and yummy. Its all for RM5 only!

Messier and tastier plus cheap
Cokelat celup strawberry Cameron Highland memang tiada rupa. Tapi sekali rasa pasti nak lagi.

   

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...